Wednesday, December 05, 2012

SEDAR

Aku mahu berada di sampingnya. Setiap masa.. Tapi jarak menjadi tanda tanya. Terputusnya satu jalan menjadi dua. Tidak! Itu bukan penghadang landasan komunikasi kita. Yang menjadi batu penghadang ialah diri kita. Celakanya alam maya membuatkan kita mudah salah faham dan terasa hati tanpa sebab. Kau tahu apa yang aku tidak tahu, dan aku tidak tahu apa yang aku tidak tahu.



Bila masalah datang, aku lah yang kau harapkan untuk membantu.
Bila menangis, aku lah orang yang mengelap airmata.
Bila sedih, aku lah orang yang akan gembirakan.
Bila gembira, aku lah orang pertama kau akan kongsi.
Bila marah, aku lah orang yang pertama menjadi pendengar setia radio-rosak kau.



Aku tak pernah merungut, malah aku berbangga jadi orang terpenting dalam hidup kau. Kadangkala aku marah bukan tanda benci tapi kau perlu sedar yang aku semakin kehilangan kau. Jauh dari kau..




Aku sedar.
Aku bukan pertama lagi.



No comments: