Sunday, December 02, 2012

Wasiat Persahabatan


p/s: Terlalu awal untuk tahu tapi tak terlambat sebelum kau taktahu. Berat untuk aku tuturkan. Seperti dihempap lori treler. Jika mulutku seperti dipenuhi emas, akan ku beri emas itu supaya kau faham apa yang mulut ingin katakan.
Amat berharga bagi aku. Sepotong kata untuk kau aku hidangkan. Silalah jamah dan ratahnya sampai kenyang.. BON APPETITE~



Bumi berputar tiada penatnya. Masa berjalan dan terus berjalan tanpa sempadan. Meninggalkan kita tanpa toleh ke belakang pun. Haihh.. Terasa kejam pun ada..
Aku panjatkan kesyukuran sebab diberi peluang untuk kenali kau. Yang terima aku seadanya walaupun aku masih lopong dan lohong didalam. Allah tahu kita akan bertemu dan menjadi sahabat kerana itu sudah tertulis.

P|E|R|P|I|S|A|H|A|N 
Aku paling benci perkataan itu! Kehilangan orang yang aku sayang.
Ya! AKU SAYANG KAU!
Pedulikan orang nak kata apa. Haters gonna hate. Tampalkan saja mulut mereka dengan gam gajah!
Biarkan orang benci kau. Aku simpati sebab mereka tak diberi peluang untuk kenal kau.

....::::::::::::::::::::::::::::....

Sorry, membenarkan aku mencuri masa kau untuk baca ni..
Maafkan kecelaan diri aku yang tak mampu menyempurnakan pada penglihatan kau.
Aku kudung tanpa kau. Aku perlukan kau selepas keluarga.
Pentingnya kau seperti cikgu. Yang mengajar aku supaya tidak berputus asa mencari jalan tatkala aku sesat dalam hutan sendiri. Terimakasih kerana sudi menjadi pendengar setia radio-monolog-sendiri.fm ini semasa aku gembira, sedih, kecewa, jatuh, marah, yang kadangkala celoteh merepek tak tentu pasal. HAHA

Menangis sampai lebam.
Marah sampai terkentut.
Ketawa sampai pecah dinding.
Berceloteh sampai gigi bertaburan.
Belajar sampai botak kepala.
Tidur lambak macam ikan kat pasar.
Makan sampai buntal.
Minum sampai kembung.
Semua bersama :)

Terimakasih kerana sudi malayan kerenah aku yang satu ni. Tu baru satu, kalau banyak macam mana?? :P  Pening kepala kau dibuatnya..

Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya menghadiahkan aku persahabatan kita. 

....::::::::::::::::::::::::::::....

Pesanan aku supaya kau baik-baik di sana (dimana jua berada).
Jaga nama mu, maruah mu, tingkah laku yang mencerminkan siapa diri kita.
Pertuturan mu yang mampu membunuh sesuatu yang hidup.
Genggam persahabatan ini walaupun zahirnya kita dipisahkan oleh masa dan jarak.
Tangan ini sentiasa menadah air supaya ia tidak jatuh dan kering (doa)
Itu yang mampu aku kirimkan saat kita berjauhan.
Usah sia-siakan titis butiran dari kantung mata kau. Gunakan ia saat kau gembira. Kerana saat itu kau akan mengerti mahalnya air mata kau. Tidak ternilai. Tak mampu aku mengelapnya dengan kain yang murah ini *tunjuk stokin* hehe

Manusia datang dan pergi macam tu je. 
Aku tak mungkin dapat jumpa orang macam kau lagi. Adapun mungkin persamaannya 20%.
Satu dalam sejuta.
Berat rasanya nak berpisah. Tapi keadaan memaksa kita.
Oh no no no! Cerita kita takkan tamat ye. Tiada noktah! >_<
Walaupun ada yang bakal/dah di ikat jari dengan gelung besi.
Walaupun kau dah jadi mama/ummi/ibu/mummy seorang budak.
We must keep in touch! ^_^ Janji dengan aku satu tu je, boleh?

Terimakasih meninggalkan 'kesan' yang takkan hilang dalam cerita aku.
Walaupun disental guna penyental bilik air sekalipun tetap tak hilang.
Kita harus pergi. Terbanglah kau ke menara gading. Kejar cita-cita dan impian kau. Lakarkan senyuman ibu dan ayah.

Kita umpama burung.
Terbang solo tinggi di langit pada asalnya, bertemu kawan baru seperjuangan.
Bersinggah bermacam pohon, bertemu beragam hidupan, bersusah mencari makan.

Kalau boleh aku nak jadi "kawan seperjuangan" yang takkan tinggalkan kau walau kau terbang berjuta batu jauhnya.


Semua itu sudah tertulis, dan kau adalah Sahabat Pelangi aku.



Shah Alam, 2 Disember 2012.


No comments: